Wednesday, December 02, 2009

Buat hal lagi..

Hmm...

"mamat ni buat perangai lagi..macam chipsmore.."

aku target ramai yang tertanya (mungkin tak ada pun..) ttg kenapa aku jap hilang..jap ada..?! aku pun pelik..tapi apa kan daya..hidup ni kekadang ada naik..ada turun..ni kisah aku selama hampir dua tahun aku menghilang dari dunia blog ni..

Sejak dari last blog yang aku tulih pada January 2008 dulu..aku dah mulakan hidup baru kerana banyak sangat dah berubah..muka aku berubah..badan aku ada skit slim..janggut makin panjang (tapi dah trim balik)..

2008 banyak meninggalkan kesan yang pahit dan yang manis..naper ek?! kalau org sebut pasal pengalaman..mesti sebut yang pahit dulu baru manis?! mungkin juga kerana didikan..persekitaran..pergaulan yang menyebabkan manusia ni suka berfikiran negatif dulu..peristiwa pahit lah yang selalu akan meninggalkan impak pada minda seseorang manusia itu berbanding peristiwa manis..

Bagi aku, seperti orang-orang yang lain setiap tahun yang berlalu banyak kisah hidup yang telah dilalui..tak kira la apa pun..apa yang penting "kerjasama.." heheh..macam citer wonderpets la plak..anyway, apa yang penting, apa yang boleh kita belajar dari pengalaman-pengalaman tersebut..

2009 telah mengembalikan semangat aku pada awal nya apabila lahirnya anak aku pada January lalu..Mohamad Danial Nasyriq Kaneshiro..panjang kan?! saje je..nanti sign nyer panjang..boleh jadi boss satu hari nanti..hahaha..

Tetapi menyuram beberapa bulan selepas itu..banyak peristiwa..usah lah untuk aku kongsikan bersama..banyak yang personal..walau apapun, hidup mesti diteruskan..

Ni tak lama lagi nak masuk 2010 plak..hmm...azam tahun lepas pun ada beberapa lagi yang belum terlaksana..bring forward la gayanya..mungkin dari segi perlaksanaan tak berapa baik yang menyebabkan ianya terkandas separuh jalan..mostly macam aku ckp dalam blog sebelum ni..hampir semuanya kerana mende 2nd hand tu..sehingga kini aku cuba untuk melenyapkan masalah mende 2nd hand tu..payah skit..insyaAllah akan terlaksana juga di tahun hadapan..

Apa pun..aku rasa ini lah masanya untuk kita mula menganalisis ttg tahun 2009 ni yang hampir ke penghujungnya..seterusnya merangka perjalanan bagi tahun hadapan supaya kesilapan pada tahun ini tidak akan diulangi juga kebaikan yang telah dilakukan haruslah digandakan pada tahun hadapan..

Akhir kata sebelum aku menjauhkan jari jemari aku dari keyboard ni..semoga hidup dirahmati dan diberkati oleh-Nya..selawat dan salam ke atas junjungan besar-Nya..

Wassalam..