Saturday, January 05, 2008

Tahun baru weyy...

Tahun baru...
Perkara yang kita akan selalu melaluinya..itu pun kalau panjang umo...kalau tak, bermakna org lainlah yang akan meraikan bagi pihak kita..anyway, setiap kali masuk tahun baru, pemikiran manusia biasa akan membayangkan perkara2 yang dikaitkan dgn tahun baru..
seperti, kasut baru..baju baru..keta baru..umah baru..langsir baru..apa2 je laa yang boleh dibarukan..macam budak2 plak..mesti beg skolah baru..pensel box baru..kasut skolah baru..stokin baru..smuanya baru..
tapi kekadang aku terfikir gak..ader ke manusia yang terfikir untuk berbini baru?? tapi aku rasa tak mungkin kot..kalau dah sampai ke tahap tu..payah tu..pening kpala setiap wanita dalam dunia ni setiap kali detik menjelang tahun baru..tidak kurang juga kepada wanita2 yang single yang pasti nya gembira menanti untuk dipinang...hmm..pelik..tapi aku tahu..pasti perkara ini berlaku tetapi entah dimana...
dan juga aku terfikir..dgn mende 'baru2' ni..yang pastinya duit memainkan peranan utama untuk membiayai 'baru2' ni..walaupun duit yang dipakai untuk membeli 'baru2' ni telah ditukar tangan beberapa kali umpama 2nd hand..walaupun ada org kata "aku dapat duit baru apa dari bank tadi.." tetapi hakikatnya, bank yang pegang dulu baru dpt kat kita..kira 2nd hand la jugak tu..wlaupun gitu ianya berkuasa untuk membeli yang 'baru'..pelik tapi benar sebenarnya..kekadang dah nak koyak rabak(yang pstinya bukan duit rm5) tapi masih boleh membeli yang 'baru'..dan keluhan2 orang yang mengeluarkan mende 2nd hand ni untuk membeli yang 'baru' semakin bertambah apabila demand yang bertalu-talu dari setiap ahli keluarga, sahabat(tak la byk..kurang2 pun teh tarik), girlfren2 yang tahu nak melawa je tapi tak tau nak cari mende 2nd hand ni, isteri2, mereka dan keluarga mereka..(yang aku tak sebut tu kira masuk skali laa..)
Secara realitinya, kisah pengeluh2 ni sentiasa sama..mana nak cari duit..mana nak cekau..mana nak tampung..mcmana nak bagi happy smua org..bila tk belikan, merajuk..pastu ckp "dulu janji nak beli.."...isk depa ni macam tak nak paham je keadaan kita ni kan..(heheh..emosional plak aku)..anyway, dalam sedar tak sedar sebenarnya, datang lah isu yang selalu diperkatakan di tahun baru ni selain isu2 'baru', 'mende 2nd hand' iaitu 'Azam Tahun Baru'...baru la juga tapi tak perlukan mende 2nd hand untuk merancang pun..
Semua org yang dah boleh menggunakan akal memperkatakan ttg azam baru..mahupun seorang guru yang slalu bertanya kepada anak muridnya ttg perkara yang dia pun kena buat..aku terpanggil di pagi (dh masuk tengahari dah pun) ttg perkara yang di beri nama 'Azam Tahun Baru' ni..
Sebenarnya, aku dah lama trfikirkan ttg perkara ni jauh sebelum menjelang tahun baru 2008 ni..bagaimana untuk merancang..merealisasikan..byk perkara yang harus dianalisiskan sebelum membuat sesuatu keputusan untuk azam baru ni..antaranya ttg masa..komitmen..persekitaran..keadaan kesihatan..dan macam2 lagi..dan setelah memikirkannya..aku pun dah melafazkan azam baru aku pada tanggal 1hb Jan baru-baru ni..Walaupun, korang smua tak tau, apa azam aku..tapi doakan je laa..jgn risau smuanya baik2 belaka..takkan aku nak buat azam yang mengarut kot..mestilah kearah kebaikkan..nape?! ada org buat azam nak rompak bank ker..nak bunuh org ker..i don't think so..walaupun dia seorang perompak..dia tak mungkin membuat azam yang sebegitu..btul tak?? (mungkin laa) tapi apa2 hal pun, aku rasa..korang smua dh buat azam masing2..cuma perlaksanaan tu pastikan bersungguh2 dan follow planning..supaya boleh dicapai..InsyaAllah..
Aku tak leh nak tulih pepanjang lagi..nak bw keta gi servis..keta pun nak kena bagi minyak itam baru gak..tidak lupa oil filter baru, air filter baru..dan byk lagi bergantung kepada keadaan keta tu laa..anyway..selamat tahun baru 2008..semoga panjang umur..murah rezeki..
sekian...