Wednesday, December 02, 2009

Buat hal lagi..

Hmm...

"mamat ni buat perangai lagi..macam chipsmore.."

aku target ramai yang tertanya (mungkin tak ada pun..) ttg kenapa aku jap hilang..jap ada..?! aku pun pelik..tapi apa kan daya..hidup ni kekadang ada naik..ada turun..ni kisah aku selama hampir dua tahun aku menghilang dari dunia blog ni..

Sejak dari last blog yang aku tulih pada January 2008 dulu..aku dah mulakan hidup baru kerana banyak sangat dah berubah..muka aku berubah..badan aku ada skit slim..janggut makin panjang (tapi dah trim balik)..

2008 banyak meninggalkan kesan yang pahit dan yang manis..naper ek?! kalau org sebut pasal pengalaman..mesti sebut yang pahit dulu baru manis?! mungkin juga kerana didikan..persekitaran..pergaulan yang menyebabkan manusia ni suka berfikiran negatif dulu..peristiwa pahit lah yang selalu akan meninggalkan impak pada minda seseorang manusia itu berbanding peristiwa manis..

Bagi aku, seperti orang-orang yang lain setiap tahun yang berlalu banyak kisah hidup yang telah dilalui..tak kira la apa pun..apa yang penting "kerjasama.." heheh..macam citer wonderpets la plak..anyway, apa yang penting, apa yang boleh kita belajar dari pengalaman-pengalaman tersebut..

2009 telah mengembalikan semangat aku pada awal nya apabila lahirnya anak aku pada January lalu..Mohamad Danial Nasyriq Kaneshiro..panjang kan?! saje je..nanti sign nyer panjang..boleh jadi boss satu hari nanti..hahaha..

Tetapi menyuram beberapa bulan selepas itu..banyak peristiwa..usah lah untuk aku kongsikan bersama..banyak yang personal..walau apapun, hidup mesti diteruskan..

Ni tak lama lagi nak masuk 2010 plak..hmm...azam tahun lepas pun ada beberapa lagi yang belum terlaksana..bring forward la gayanya..mungkin dari segi perlaksanaan tak berapa baik yang menyebabkan ianya terkandas separuh jalan..mostly macam aku ckp dalam blog sebelum ni..hampir semuanya kerana mende 2nd hand tu..sehingga kini aku cuba untuk melenyapkan masalah mende 2nd hand tu..payah skit..insyaAllah akan terlaksana juga di tahun hadapan..

Apa pun..aku rasa ini lah masanya untuk kita mula menganalisis ttg tahun 2009 ni yang hampir ke penghujungnya..seterusnya merangka perjalanan bagi tahun hadapan supaya kesilapan pada tahun ini tidak akan diulangi juga kebaikan yang telah dilakukan haruslah digandakan pada tahun hadapan..

Akhir kata sebelum aku menjauhkan jari jemari aku dari keyboard ni..semoga hidup dirahmati dan diberkati oleh-Nya..selawat dan salam ke atas junjungan besar-Nya..

Wassalam..

Saturday, January 05, 2008

Tahun baru weyy...

Tahun baru...
Perkara yang kita akan selalu melaluinya..itu pun kalau panjang umo...kalau tak, bermakna org lainlah yang akan meraikan bagi pihak kita..anyway, setiap kali masuk tahun baru, pemikiran manusia biasa akan membayangkan perkara2 yang dikaitkan dgn tahun baru..
seperti, kasut baru..baju baru..keta baru..umah baru..langsir baru..apa2 je laa yang boleh dibarukan..macam budak2 plak..mesti beg skolah baru..pensel box baru..kasut skolah baru..stokin baru..smuanya baru..
tapi kekadang aku terfikir gak..ader ke manusia yang terfikir untuk berbini baru?? tapi aku rasa tak mungkin kot..kalau dah sampai ke tahap tu..payah tu..pening kpala setiap wanita dalam dunia ni setiap kali detik menjelang tahun baru..tidak kurang juga kepada wanita2 yang single yang pasti nya gembira menanti untuk dipinang...hmm..pelik..tapi aku tahu..pasti perkara ini berlaku tetapi entah dimana...
dan juga aku terfikir..dgn mende 'baru2' ni..yang pastinya duit memainkan peranan utama untuk membiayai 'baru2' ni..walaupun duit yang dipakai untuk membeli 'baru2' ni telah ditukar tangan beberapa kali umpama 2nd hand..walaupun ada org kata "aku dapat duit baru apa dari bank tadi.." tetapi hakikatnya, bank yang pegang dulu baru dpt kat kita..kira 2nd hand la jugak tu..wlaupun gitu ianya berkuasa untuk membeli yang 'baru'..pelik tapi benar sebenarnya..kekadang dah nak koyak rabak(yang pstinya bukan duit rm5) tapi masih boleh membeli yang 'baru'..dan keluhan2 orang yang mengeluarkan mende 2nd hand ni untuk membeli yang 'baru' semakin bertambah apabila demand yang bertalu-talu dari setiap ahli keluarga, sahabat(tak la byk..kurang2 pun teh tarik), girlfren2 yang tahu nak melawa je tapi tak tau nak cari mende 2nd hand ni, isteri2, mereka dan keluarga mereka..(yang aku tak sebut tu kira masuk skali laa..)
Secara realitinya, kisah pengeluh2 ni sentiasa sama..mana nak cari duit..mana nak cekau..mana nak tampung..mcmana nak bagi happy smua org..bila tk belikan, merajuk..pastu ckp "dulu janji nak beli.."...isk depa ni macam tak nak paham je keadaan kita ni kan..(heheh..emosional plak aku)..anyway, dalam sedar tak sedar sebenarnya, datang lah isu yang selalu diperkatakan di tahun baru ni selain isu2 'baru', 'mende 2nd hand' iaitu 'Azam Tahun Baru'...baru la juga tapi tak perlukan mende 2nd hand untuk merancang pun..
Semua org yang dah boleh menggunakan akal memperkatakan ttg azam baru..mahupun seorang guru yang slalu bertanya kepada anak muridnya ttg perkara yang dia pun kena buat..aku terpanggil di pagi (dh masuk tengahari dah pun) ttg perkara yang di beri nama 'Azam Tahun Baru' ni..
Sebenarnya, aku dah lama trfikirkan ttg perkara ni jauh sebelum menjelang tahun baru 2008 ni..bagaimana untuk merancang..merealisasikan..byk perkara yang harus dianalisiskan sebelum membuat sesuatu keputusan untuk azam baru ni..antaranya ttg masa..komitmen..persekitaran..keadaan kesihatan..dan macam2 lagi..dan setelah memikirkannya..aku pun dah melafazkan azam baru aku pada tanggal 1hb Jan baru-baru ni..Walaupun, korang smua tak tau, apa azam aku..tapi doakan je laa..jgn risau smuanya baik2 belaka..takkan aku nak buat azam yang mengarut kot..mestilah kearah kebaikkan..nape?! ada org buat azam nak rompak bank ker..nak bunuh org ker..i don't think so..walaupun dia seorang perompak..dia tak mungkin membuat azam yang sebegitu..btul tak?? (mungkin laa) tapi apa2 hal pun, aku rasa..korang smua dh buat azam masing2..cuma perlaksanaan tu pastikan bersungguh2 dan follow planning..supaya boleh dicapai..InsyaAllah..
Aku tak leh nak tulih pepanjang lagi..nak bw keta gi servis..keta pun nak kena bagi minyak itam baru gak..tidak lupa oil filter baru, air filter baru..dan byk lagi bergantung kepada keadaan keta tu laa..anyway..selamat tahun baru 2008..semoga panjang umur..murah rezeki..
sekian...

Friday, September 14, 2007

start balik dah..

hi again..it's been awhile since i wrote anything inside here..yang lama punya smua aku dah buang..bukan malu, bukan tak perfect tapi..hmm..aku just malas nak ingat kembali zaman dulu tu..cukup merunsingkan kepala otak aku..korang mesti pikir..

"apahal la mamat ni mula menulis balik..siap padam blog2 lama.."

apa nak buat..kan aku dah ckp tadi..paham2 je laa..tu pun kalau payah sgt nak masukkan dalam kepala..baik tak payah baca blog la wey..

sejak kebelakangan ni aku sering melenyapkan diri aku dari web..dari blog aku yang dah lama aku tinggalkan..bukan aku tak menulis..cuma tak di publishkan je dalam web..aku simpan buat pekasam dalam notebook aku..but when i came to think about it..i think it's time for me to write back..banyak sgt mende yang telah aku alami dalam setahun dua ni..banyak yg juga org takkan faham..dah memang nama blog aku pun gitu..payah nak paham..apa yang pasti, aku tulis je..kalau korang smua tak setuju..peduli apa aku..BLOG aku laa..bukan korang nyer..

aku skang ni dah secara fulltime sebagai seorang trainer..trainer ada macam2 trainer..ada yg train haiwan sarkas..tapi aku tak main la gitu..aku train manusia..tapi hanya utk golongan yang berumur 12 tahun dan ke atas..bab yang kecik2 ni, aku susah skit..aku tidak bisa mengerti perangai depa ni..tapi lately byk buat corporate training..nama client tak payah la aku sebut..tu smua tak penting..nanti kang apa yang aku tulis dlm blog ni plak boleh kena saman..tak kesior aku nak memikirkannya..

mmg banyak dugaan yang telah aku lalui..sampai ke tahap gaban laa kalau nak dibandingkan..aku rasa gaban pun letak jawatan cam ni..tapi aku cuba untuk belajar dari smua pengalaman ni..tak larat dan tak abih kalau nak difikirkan.."but life must go on.." sering kali terngiang-ngiang lagu sm salim kat telinga aku.."apa nak jadi..apa nak jadi..sampai sekarang tak kahwin lagi.." bukan setakat terngiang-ngiang..tapi secara realiti nya aku sering dengari bukan dari radio tapi dari mak aku yang tak abih2 risaukan aku..nak buat macam mana..mana ada mak yg tak sayangkan anak..tak risaukan anak..relax la mummy, masanya akan tiba..

alamak beb..aku ngantuk laa..nanti esok ke lusa ke aku sambung balik..yg pastinya kali ni korang tak payah nak tunggu lelama..anyway, sehingga bertemu kembali di hari dan waktu yang sama.."majulah sukan untuk negara"..